http://cikgucomelselalu.blogspot.com

Friday, June 25, 2010

SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAN...

emmm tajuk yang menarik...ni memnag sangat sesuai dengan aku yang tugas sebagai guru n dalam masa yang sama amik tugas mak jaga adik2 kat umah ni...huhu sangat banyak cabaran yang perlu aku hadapi berdepan dnegan pelbagai ragam dan perangai..aku belajar BERSABAR. Aku bersyukur sangat2 sebab apa yang aku alami ini adalah ujian dari Allah sebab aku ni kan panas baran, cepat marah, cepat melenting. Allah kan sayangkan hamba-hambaNYa.sebb tu aku disuruh belajar bersabar..

cerita pasal sabar, aku nak kongsi cerita apa yang berlaku pada aku 2 hari lepas...aku masuk 1 kelas ni macam biasala... then bcoz of baru abis exam kan, paper pun baru je turn around, so aku minta budak2 ni wat correction untuk paper 1. biasalah budak2 kan kalau suruh buat keja, tak payahla teacher.arini kite tak payah belajar, tak payah tulis...kalu korang, korang nak jawab ape???

aku cakap, tak boleh, buat correction dulu, da siap nanti baru leh cerita dengan kawan2..ok la, yang lain semua buat even memain kan..dalam ramai2 tu ada sekumpulan pelajar ni, buku tak buka, kertas soalan pun takde but then bercakap tak henti2, suruh diam tak diam...I'm just thinking...what should I do. even dah hampir setahun tapi aku tak berjaya kawal kelas ni..Am I the worst?? I dont have the answer. Takpe lagi diorang tak buat keja..

then tetiba aku nampak yang diorang pegang perada...ala yang mengelip2 tu kan...budak2 buat main campak2 ke muka kawan2..abis semua berkilat.aku minta cara baik...dia tak bagi tapi dia campak ke kawan kat belakang. aku pegi belakan, dia campak ke depan..then aku tunggu dan sua tangan...dia tak nak bagi.sorok bawah meja.lepas perang mulut kejap, dapat menda tu tutupnye diorang tak nak bagi..aku minta.kalau tak bagi tutup tu, abis berterabur.penuh kan satu botol kecik tu.aku minta lg cara baik tapi taknak bagi lagi.dengan ayat campak tutup tu keluar..aku dah tak tau perasaan aku waktu ape.marah ke tak sabar semua ada.masa aku nak amik dia campak ke kawan dia.aku sangat geram.hampir2 aku naikkan tangan aku...Ya Allah berikan aku kekuatan dan kesabaran yang teguh....Syukur aku beringat. aku rampas dari tangan budak kat depan aku dan ekbetulan masa aku dah abis.aku terus keluar...

mungkin betul, diorang cuma berani buat pada cikgu2 perempuan je...nape jadi macam ni...ni belum lagi kelas lagi satu yang suke cakap ada berbaurkan lucah..kecil2 dah pandai..siap bagitau aku dia selalu buka laman web tu...emm nak kata macam mana yer???

Aku cuma selalu berdoa supaya kau diberikan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dugaan dan cabaran yang kuat masa kini...

No comments:

Post a Comment